Latar belakang Shh (lagu Elizabeth Tan)

Elizabeth Tan berkata mengenai lagu ini:

"Lagu ini bukan saja mengambil inspirasi daripada melodi asal lagu rakyat ‘Lenggang Kangkung’ malah lenggok melodinya juga diberikan interpretasi moden apabila digabungkan dengan melodi ciptaan Hael dan Ezra. Hael dan Ezra sememangnya kreatif dalam penciptaan lagu malah kerja-kerja produksi mereka setaraf dengan produksi antarabangsa dan Lizzy sangat selesa bekerja dengan mereka kerana mereka memahami citarasa dan kekuatan vokal Lizzy. Lizzy berharap lagu ini sekali lagi mendapat sambutan positif peminat, dan mereka akan terhibur menyaksikan persembahan Lizzy dalam video muzik rasmi lagu ini nanti,"[2]